Abang Johari ziarah jenazah Toh Puan Norkiah

Abang Johari membacakan surah Yasin ketika menziarahi jenazah Allahyarhamah Toh Puan Norkiah di Kampung Temengong hari ini (14 April).

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 14 April: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang petang tadi menziarahi jenazah Allahyarhamah Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah, isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salahuddin Abang Barieng yang telah meninggal dunia hari ini.

Norkiah, 72, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak sekitar jam 12.00 tengah hari ini.

Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini pada jam 5 petang ini.


Turut serta mengunjungi di kediaman mantan TYT Sarawak adalah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan. — DayakDaily