Abang Johari yakin Speaker Dewan Negara yang baharu anak Sarawak

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: UKAS
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 24 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu adalah anak Sarawak.

“Kita tunggulah pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim siapa speaker yang baharu.

Advertisement

“Sama-sama kita tunggu, tentu sekali lagi anak Sarawak akan dilantik,” katanya ketika ditemui Perasmian Simposium Budaya Iban dan Expo 2024 di Ibupejabat Dayak Cultural Foundation (DCF) hari ini.

Pelantikan speaker baharu adalah bagi mengganti Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pada Mei lepas.

Mendiang Mutang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur selepas menerima rawatan di pusat kesihatan itu sejak 6 Mei lalu.

Mutang, 70, mengangkat sumpah jawatan pada 19 Februari lalu sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20.

Beliau adalah Orang Ulu yang pertama dilantik memegang jawatan itu, selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas di Sarawak dari 1982 hingga 1990 dan memiliki latar belakang pendidikan serta praktis dalam bidang perundangan. — DayakDaily

Advertisement