Abang Johari yakin rundingan antara Petros dan PETRONAS selesai Oktober ini

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Advertisement

KOTA SAMARAHAN, 25 Sept: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin rundingan berkaitan penyeliaan perdagangan minyak dan gas di antara Petros dengan PETRONAS akan berakhir pada bulan Oktober depan.

“Kalau ada sedikit perkara kita boleh lanjutkan tempoh, tapi sasaran kita adalah bulan Oktober ini.

“Ia terserah kepada pihak teknikel, dan saya fikir tidak lama lagi akan selesai.

Advertisement

“Selesai dalam sebulan dua ini, seperti hal pengambil alih Affin Bank,” katanya ketika ditemui di Perasmian Bangunan Baharu Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) di Kota Samarahan hari ini.

PETRONAS dan Petros dalam satu kenyataan bersama semalam memaklumkan perbincangan kini adalah berterusan antara pihak-pihak terlibat dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Petronas juga mengesahkan syarikat itu mempertimbang untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Sarawak dan Petros.

“Adalah disahkan bahawa tiada tindakan undang-undang sedang dipertimbangkan oleh PETRONAS terhadap Sarawak dan Petros.

“Semua pihak menghormati dan mematuhi undang-undang persekutuan dan negeri berhubung perkara ini,” kata kenyataan bersama itu. — DayakDaily

Advertisement