Abang Johari tolak dakwaan GPS berpakat dengan UMNO dan sekutunya

Abang Johari menyampaikan sarjana muda kepada salah seorang penerima di Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-23 hari ini (Okt 30, 2019).
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KOTA SAMARAHAN, Okt 30: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menolak dakwaan GPS mengadakan pakatan dengan UMNO dan sekutu pembangkangnya.

Ditemui pemberita di Majlis Konvekesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini hari ini, beliau berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil pendirian berkecuali.

Advertisement

“Kita berkecuali, GPS mengikut haluan sendiri,’katanya ringkas.

Pakatan yang dimaksudkan membabitkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) juga Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan beberapa MP dari Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Persoalan ini timbul setelah Malaysiakini memetik presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa UMNO dan sekutu pembangkangnya boleh lahir sebagai kuasa ketiga di negara ini.

Zahid menyebut kuasa ketiga itu dibentuk oleh 40 MP UMNO-BN, 18 PAS, 19 dari Sarawak, sembilan Sabah dan ‘lima lagi’.

Jelas, 19 MP Sarawak yang dimaksudkan adalah dari GPS.

Zahid yang juga MP Bagan Datuk ragu-ragu peralihan kuasa antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku yang mana akan memberi UMNO serta sekutunya peluang menjadi kuasa ketiga. — DayakDaily

Advertisement