Abang Johari terima kunjungan hormat rombongan Politeknik Mukah

Abang Johari (tiga dari kanan) menerima kunjungan hormat Dullah (tiga dari kiri) serta rombongan di Kuching hari Ini (Aug 17, 2020).

KUCHING, 17 Ogos: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Politeknik Mukah Dullah Muluk di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya.

Pada kunjungan itu, Dullah menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Sarawak atas beberapa bentuk sumbangan dan bantuan kepada pihak Politeknik Mukah.

Turut serta Setiausaha Pejabat Lenty Nyaoh, Timbalan Pengarah Sokongan dan Akademik Iskandar Reduan, Timbalan Pengarah Akademik Mohamad Sani Said dan Ketua Unit Komunikasi dan Korporat Politeknik Mukah Mohamad  Baharruddin Mohamad.-DayakDaily