Abang Johari terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura

Perbincangan secara maya antara Abang Johari dan Vanu

KUCHING, 21 Jun: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pagi ini telah menerima kunjungan hormat secara maya daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Vanu Gopala Menon.

Dalam pertemuan setengah jam melalui aplikasi dalam talian mereka telah berbincang mengenai beberapa perkara termasuk program vaksinasi di Sarawak.

Turut dibincangkan ialah kerjasama antara Sarawak dan Singapura, perihal ekonomi, khusus pelan pasca Covid-19 dan isu-isu semasa.

Sarawak telah menjalinkan kerjasama perdagangan dengan Singapura melalui pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (Statos) di negara tersebut pada 2019.

Ini adalah sebagai langkah untuk membuka pasaran kepada produk-produk dari Sarawak, terutamanya hasil pertanian dan mengembangkan potensi pelancongan negeri ini. — DayakDaily