Abang Johari terima kunjungan hormat Persatuan Persahabatan Sarawak-China dan ACCCIS

Rombongan Persatuan Persahabatan Sarawak-China. Foto: UKAS
Advertisement

KUCHING, 9 Jan: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Persahabatan Sarawak-China di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), perjumpaan lebih kurang hampir 30 minit tersebut telah diketuai oleh Presidennya Datuk Wee Kok Tiong.

Turut menyertai kunjungan itu ialah Timbalan Presidennya Dato Tan Jit Kee, Setiausaha Agung Khoo Swee Aik, Penolong Setiausaha Agung Ong Chee Chiang dan beberapa pegawai tetingginya.

Advertisement

Sejurus selepas itu, Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak (ACCCIS).

Kunjungan tersebut membincangkan mengenai kerjasama yang ingin diperkukuhkan bersama kerajaan Sarawak dalam usaha merancakkan lagi kegiatan ACCCIS melibatkan komuniti di negeri ini.

Untuk rekod, ACCCIS merupakan pertubuhan induk dewan perniagaan dan perindustrian Cina di Sarawak yang satu-satunya mempunyai perwakilan serantau penuh di Sarawak.

Kedua-dua kunjungan berkenaan juga telah dihadiri Timbalan Premier Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian. — DayakDaily

Rombongan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak. Foto: UKAS
Advertisement