Abang Johari terima kunjungan hormat Peladang Sarawak dan ERC

Abang Johari (enam dari kanan) merakamkan kenangan bersama rombongan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak. Turut kelihatan Abdul Rahman (empat dari kiri).

KUCHING, 18 Ogos: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat rombongan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya.

Kunjungan diketuai pengerusinya yang juga Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Antara yang dibincangkan ialah berhubung pembinaan bangunan baharu Pertubuhan Peladang Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM20 juta daripada kerajaan Sarawak.


Sejurus selepas itu, Abang Johari turut menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Abang Johari (tengah) menerima kunjungan hormat Abdul Rashid (kiri) di Wisma Bapa Malaysia.

Kunjungan itu membincangkan mengenai laporan terkini mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

Turut serta mengiringi Abdul Rashid ialah Ketua Eksekutif ERC Amerul Muner Mohammad. — DayakDaily