Abang Johari terima kunjungan hormat Menteri Kanan Pertahanan

Abang Johari (kanan) terima kunjungan hormat Ismail Sabri.

KUCHING, 19 Jun: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Menteri Kanan Pertahanan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya hari ini.

Pada pertemuan itu, Abang Johari diberi Taklimat Combat Medic Vaccination selama sejam yang disampaikan oleh Ismail Sabri.

Ia berhubung konsep perlaksanaan perkhidmatan dan program vaksinasi ke kawasan pedalaman di Sarawak.

Menurut Ismail Sabri, ia bertujuan untuk mempercepatkan Program Imunisasi Kebangsaan (Pick) dengan pelan aturgerak ‘Combat Medic Vaccination Program Team’.

Pertemuan itu turut membincangkan beberapa perkara-perkara lain yang berkaitan.

Turut hadir adalah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Dr James Jemut Masing, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion. — DayakDaily