Abang Johari terima kunjungan hormat Dekan Universiti Melbourne

Abang Johari (kanan) berbincang dengan Mathew pada kunjungan tersebut.

KUCHING, 14 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada Dekan Bersekutu Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Melbourne, Mathew Greenwood-Nimmo.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), kunjungan itu bertujuan membentuk kerjasama antara Institut Pengurusan Sarawak (MASA) dengan Universiti Melbourne untuk mengadakan sebuah program meningkatkan latihan perkhidmatan awam di Sarawak.

Ketika ditemui media, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel berkata latihan perkhidmatan awam perlu sentiasa dikemas kini selain mendapat idea baharu atau input baharu bagi meningkatkan kemahiran pelajar.


Jelasnya, Abang Johari menyatakan bahawa mereka yang dalam bidang perniagaan perlu memerlukan sedikit pengetahuan dalam ekonomi baharu seperti ekonomi digital dan ekonomi hidrogen. ā€” DayakDaily