Abang Johari terima kunjungan hormat CEO Astro

Abang Johari (lima dari kiri) menerima kunjungan hormat Henry (tiga dari kanan) serta rombongan di Kuching hari ini.

UCHING, 15 JULAI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Henry Tan di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya Kuching.

Pertemuan dalam kira- kira 20 minit berkenaan membincangkan kerjasama dalam bidang media dan penyiaran dengan Kerajaan Negeri Sarawak.

Rombongan turut disertai oleh Pengarah Bahagian Media ASTRO Wong See Wei, Ahli Lembaga Pengarah FINAS Malaysia Datuk Norhyati Ismail, CEO Suara Sarawak Dr. Jeniri Amir, CEO Sarawak Media Group Sarbini Hamdan dan beberapa pegawai Astro yang lain.—DayakDaily