Abang Johari sedia hulur dana kepada TERAS

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (file photo)

SIBU, 24 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersedia menyalurkan peruntukan kepada Yayasan Pendidikan Teknikal Rakyat Sarawak (TERAS).

Menurut beliau, TERAS yang menyediakan pendidikan khususnya kursus dalam bidang teknikel adalah penting bagi anak-anak Sarawak.

“Parti Rakyat Sarawak (PRS) membawa perkara ini kepada perhatian saya bahawa TERAS kekurangan dana.


“Pendidikan penting, saya fikirkan bagaimana boleh membantu,” katanya pada Perasmian Persidangan Tri-Tahunan Ke-5 PRS di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapan aluan, Pemangku Presiden PRS Datuk Joseph Salang memohon bantuan dana untuk TERAS daripada Abang Johari.

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1994 kata Joseph, TERAS telah menyumbang banyak kepada penyertaan anak-anak Sarawak untuk menyertai kursus dalam bidang teknikal.

“Beberapa peserta dalam Dewan ini telah sedikit sebanyak menerima bantuan dari TERAS,” katanya. — DayakDaily