Abang Johari raikan Tahun Baharu Cina di kediaman MP Sarikei

Abang Johari (duduk dua kiri) merakamkan kenangan bersama keluarga Huang (kiri) dan tetamu jemputan lain.

KUCHING, 11 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Johari Tun Openg mengadakan kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 di kediaman Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam Sekitar Dato Sri Huang Tiong Sii di sini, hari ini.

Ketibaan Abang Johari serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang sekitar jam 11.45 pagi disambut Huang serta isteri Datin Sri Law Yu Hui.

Abang Johari meluangkan masa selama lebih satu jam di kediaman Huang yang juga MP Sarikei.

Beliau diiringi oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kuih Hian.
Abang Johari turut berkesempatan menyempurnakan upacara menggaul Yee Sang sebagai simbolik sambutan perayaan.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Harry Jinep. — DayakDaily