Abang Johari mempengerusikan mesyuarat BDA

Abang Johari (duduk tengah) merakamkan kenangan bersama ahli-ahli lembaga BDA.

KUCHING, 18 Jan: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ahli-Ahli Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Ke-83 di Bintulu.

Dalam mesyuarat itu, beliau yang juga Pengerusi BDA telah membincangkan tentang polisi dan hala tuju BDA dalam merancang pembangunan ekonomi dan sosial di Bahagian Bintulu.

Turut dibincangkan, manfaat yang akan diperolehi penduduk Bahagian Bintulu menerusi pelaksanaan inisiatif manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah diumumkan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) lepas.


Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion, Ahli ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip, Timbalan Pengerusi BDA Dato Haidar Khan Asghar Khan, Residen Bahagian Bintulu Datu Jack Aman Luat, dan Pengurus Besar BDA Datu Muhammad Yakup Kari. — DayakDaily