Abang Johari lancar Projek Pengeluaran Mikroalga Februari 2023

Abang Johari (tiga dari kanan) menerima kunjungan hormat Sharbini (tiga dari kiri) serta rombongan. Foto: Ukas
Advertisement

KUCHING, 24 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal melancarkan projek pengeluaran mikroalga di Kuching pada bulan Februari tahun hadapan.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), ia adalah projek kolaborasi Sarawak Energy Berhad dengan syarikat bioteknologi Jepun, Chitose Laboratory Corporation.

Ia adalah berhubung pengeluaran mikroalga skala industri menggunakan gas serombong daripada loji janakuasa arang batu.

Advertisement

Hari ini Sarawak Energy yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Datu Sharbini Suhaili telah melakukan kunjungan hormat ke atas Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia bagi tujuan itu.

Menurut pihak Sarawak Energy, keterangan lanjut berhubung pelancaran tersebut akan diumum kemudian, manakala maklumat lebih jelas mengenai projek itu pula akan dimaklumkan pada hari pelancaran itu nanti. — DayakDaily

Advertisement