Abang Johari beri bayangan Ahmad Johnie pertahan kerusi parlimen Igan

Ahmad Johnie Zawawi

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 8 Jun: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan MP Igan Ahmad Johnie Zawawi akan mempertahankan kerusinya pada Pilihanraya Umum Ke-15 nanti.

Pada sidang media selesai lawatan kerja ke Matu hari ini, beliau berkata, Ahmad Johnie masih muda dan baru satu penggal menyandang kerusi tersebut.

“Kawasan ini adalah di bawah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di bawah GPS.



“Kita belum tentukan siapa calonnya, tapi saya beri bayangan beliau akan mempertahankannya,” kata Abang Johari yang juga Presiden PBB.

Ahmad yang merupakan calon muka baharu PBB di Parlimen P207 Igan menang apabila menyingkir pencabar Andri Zulkarnian Hamdan daripada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PKR14).

Ahmad Johnie memperoleh 10,278 undi manakala Andri sekadar membawa pulang 2,022 undi.

Ahmad Johnie menang dengan majoriti 8,495 undi. — DayakDaily