Abang Johari berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat

Abang Johari (tiga dari kanan) bersama tetamu di majlis berbuka puasa tersebut. Foto: TVS

KUCHING, 5 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang berbuka puasa bersama para pemimpin dan masyarakat di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini semalam.

Menurut laporan TVS, majlis turut dihadiri Speaker DUN Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof serta dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin dan Masyarakat Daerah Kuching itu dihadiri kira-kira 400 orang jemputan.


Selepas berbuka puasa, Abang Johari menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Beliau turut menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. — DayakDaily