Abang Johari bayangkan bina pusat astronomi di Damai

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING, 16 Ogos: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membayangkan untuk membina pusat astronomi di Damai, Santubong.

“Kalau rezeki Sarawak bertambah, kita akan ada pusat astronomi di Damai yang akan kita bangunkan,” katanya.

Abang Johari berkata demikian di Majlis Penangguhan Liqa Mahabbah Jabatan Mufti Se-Malaysia Ke-2 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Menurut beliau, pusat astronomi itu nanti bakal menjadi satu tarikan kepada para belia untuk mempelajari ilmu cakerawala.

Katanya, pada hari ini orang Islam mesti mempunyai ilmu angkasa.

“Sepatutnya alam cakerawala, ilmunya dikuasai oleh orang Islam dan di Sarawak saya melaksanakan ekonomi digital guna kaedah digital dan digital adalah asas ilmunya.” — DayakDaily