Abang Johari agih daging korban di Gedong

Abang Johari (dua kiri) turut bersama melapah daging di Program Ibadah Korban di Gedong.
Advertisement

GEDONG, 18 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengagihkan daging korban kepada 23 penerima di Daerah Gedong.

Program Ibadah Korban yang diadakan di Perkarangan Masjid Al-Kawthar itu melibatkan 23 ekor lembu.

Hadir sama Timbalan Menteri Hal Ehwal Islam dan DBKU Datuk Abdul Rahman Junaidi dan MP Batang Sadong Rodiyah Sapiee. — DayakDaily

Advertisement
Advertisement