Abaikan ‘MySejahtera’ masih merekodkan jumlah terbanyak dikompuan

Pemeriksaan turut dilakukan di tempat-tempat awam.

KUCHING, 25 Feb: Sebanyak 64 kompaun bernilai RM64,000 dikeluarkan dalam Op Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching dari 18 Februari hingga 24 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM56,000 kompaun dikenakan ke atas 40 lelaki dan 16 wanita.

Manakala baki RM8,000 dikenakan ke atas lapan buah premis.


“Kesalahan yang paling banyak dilakukan sepanjang minggu lepas adalah gagal memastikan pekerja dan individu mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua kompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 17(1) dan 17(2) PPPB (LLDKTJ) (PPN) 2021.

“Pihak polis mengingatkan masyarakat untuk terus mematuhi SOP demi kebaikan bersama,” kata Ahsmon. — DayakDaily