91,163 kanak-kanak miliki akaun EFS – Fatimah

Promotional material for the Sarawak Endowment Fund that provides RM1,000 for every Sarawakian newborn.

KUCHING, 23 Mei: Seramai 91,163 kanak-kanak kini telah memiliki akaun Endowment Fund Sarawak (EFS), kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurut beliau, EFS yang diperkenalkan pada 2019 itu telah memperuntukan RM91. 16 juta wang kerajaan.

“Kajian oleh RinggitPlus mendapati 70 peratus rakyat Malaysia menabung kurang RM500 sebulan pada 2022, atau langsung tidak menabung termasuk untuk pendidikan anak.


“Ini menjadikan EFS yang diperkenalkan kerajaan Sarawak sangat signifikan,” katanya dalam ucapan penggulungan Kementerian di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Sementara itu Fatimah memaklumkan setakat April 2023, sebanyak 2,285 permohonan Kenyalang Gold Card (KGC) telah diterima.

Manakala 1,954 lagi permohonan secara atas talian. — DayakDaily