780 anggota polis Sarawak terlibat laksana Ops Rentas sempena Aidilfitri

Supt Alexson Naga Chabu
Advertisement

KUCHING, 8 Mei: Seramai 780 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak akan terlibat dalam melaksanakan Ops Rentas bermula 10 hingga 16 Mei ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, JSPT Sarawak mengaturgerakkan anggotanya bagi membuat pemantaun dan pengawalan trafik.

Katanya, Ops Rentas yang di laksanakan di seluruh negeri ini dilakukan berasaskan konsep penguatkuasaan sepenuhnya dengan kehadiran penuh anggota, perkhidmatan dan advokasi kepada masyarakat.

Advertisement

“Selain itu, para pegawai dan anggota JSPT Sarawak akan membuat sekatan jalan raya (SJR) dan membuat pemeriksaan permit bagi memastikan tiada individu yang merentasĀ  negeri serta zon tanpa permit daripada polis,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi tersebut turut mensasarkan untuk mengambil tindakkan ke atas kesalahan merangkumi enam kesalahan utama lalulintas yang menjadi penyumbang berlakunya kes kemalangan jalan raya.

Katanya, perlaksanaan operasi terbabit akan turut meliputi lokasi-lokasi yang dikenalpasti kerap berlakuknya kemalangan jalan raya, kesesakan lalulintas dan kawasan berpontensi berlakunya pelanggaran SOP Covid-19.

“Operasi pemataun ini kita tumpukan juga kepada kawasan tumpuan orang ramai seperti terminal bas, komplex membeli belah, bazar ramadan dan sempadan daerah mengikut zon serta sempadan negeri di sepanjang laluan utama di Sarawak,” katanya.

Alexson dalam pada itu turut mengingatkan orang ramai serta pengguna jalan raya supaya sentiasa memantuhi undang-undang dan peraturan lalulintas selain turut mematuhi SOP Covid-19 yang telah ditetapkan sepanjang musim perayaan ini.

Tegasnya, individu yang didapati melanggar dan melakukan kesalahan berkaitan akan berdepan dengan tindakan tegas berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada. ā€” DayakDaily

Advertisement