75 kes kemalangan maut direkod bagi tempoh Januari–Mac 2024

Lee ketika ditemui di Kuching hari ini (3 April 2024).

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 3 April: Sebanyak 75 kes kemalangan maut direkodkan bagi tempoh Januari–Mac 2024.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ia adalah sebahagian daripada 5,278 jumlah kes kemalangan bagi tempoh tersebut.


“Kes kemalangan maut ini berlaku di Miri (Jalan Pan Borneo), Padawan, Sarikei dan Sibu,” katanya ketika ditemui semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya di Stesen Petros Multifuel di Darul Hana, Petra Jaya hari ini.

Manakala bagi tahun 2023, tambah Lee, sebanyak 378 kes kemalangan maut direkodkan.

Katanya, ia peningkatan 11.7 peratus berbanding tahun 2022.

“Punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kelalaian dan kecuaian pemandu sendiri iaitu 85 peratus.

“Pertambahan jumlah kenderaan yang berada di atas jalan raya 10 peratus.

“Faktor cuaca, jalan dan bentuk muka bumi 5 peratus,” ujar Lee. — DayakDaily