72 penyertaan rebut Anugerah Pelancongan Kenyalang Sarawak Ke-9

Abdul Karim (tengah) pada sidang media Anugerah Pelancongan Kenyalang Sarawak.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 26 Ogos: Anugerah Pelancongan Kenyalang Sarawak (SHTA) ke-9 pada bulan depan bakal menyaksikan 72 peserta akhir merebut gelaran juara dalam 8 kategori utama.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, majlis adalah bagi menghargai sumbangan individu-individu dan organisasi dalam bidang pelancongan Negeri sepanjang tempoh 2019–2023.

Advertisement

“Majlis anugerah juga menjadi ‘platform’ kepada pemain industri untuk terus berinovasi dan cemerlang dalam industri,” katanya pada sidang media di Kuching hari ini.

Tambah Abdul Karim, terdahulu sebanyak 241 penyertaan telah diterima daripada pemain-pemain industri dan proses penghakiman dimuktamad pada 31 Julai lepas.

Lapan kategori anugerah utama ialah Pelancong dan Pemandu Pelancong Operator Pelancong Terbaik, Penginapan Terbaik, Pengalaman Makan Terbaik, Peruncitan dan Rekreasi Terbaik, Pelancongan Minat Khas Terbaik, Pengalaman Tarikan Terbaik, Promosi Terbaik dan Sumbangan Media Sosial Kepada Industri Pelancongan, Pengalaman Acara dan Festival Pelancongan Terbaik, dan Anugerah Burung Enggang Istimewa.

Bertemakan “Wind of Resilience” SHTA ke-9 turut menyediakan ‘Anugerah Khas Hornbill – Pencapaian Sepanjang Hayat’ yang bakal disampaikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. — DayakDaily

Advertisement