72 pasukan sertai Amazing Race MAKSAK Wanita Sarawak 2023

Abang Johari (empat kiri) menyertai senamrobik sebelum pelepasan peserta Amazing Race MAKSAK Wanita Sarawak di Kuching.

KUCHING, 28 Okt: Seramai 72 pasukan menyertai ‘The Garden: Amazing Race Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Sarawak 2023’ yang diadakan di Perkarangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Pelepasan peserta telah disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Penganjuran Amazing Race MAKSAK Wanita Sarawak telah bermula pada tahun 2012.


Ianya merupakan acara tahunan MAKSAK Wanita Sarawak untuk penjawat awam wanita di semua peringkat jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan di Sarawak.

Untuk julung kalinya juga pihak Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) menyertai pertandingan manakala Pasukan Bintulu Port Holding merupa peserta daripada luar Bahagian Kuching.

Amazing Race 2023 bertemakan ‘The Garden’ dimana peserta akan melalui laluan Bangunan DUN, Jalan Astana, Taman Perpaduan, Pasar Satok, Wisma SABATI, Medah Hamidah dan kembali ke Bangunan DUN. — DayakDaily