GEDONG, 30 April: Kesemua 7,000 tiang telekomunikasi akan siap didirikan di seluruh negeri pada 2025.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, setakat ini sejumlah lebih 3,500 tiang sudah didirikan.
“Kita berkehendakan sebanyak 7,000 tiang telekomunikasi di seluruh Sarawak, kini kita dah dirikan lebih 3,500 tiang.
“Dalam masa 2 tahun kita akan dapat dirikan kesemua 7,000 tiang untuk seluruh negeri, ” kata Abang Johari Majlis Ramah Tambah Aidilfitri Daerah Gedong di Dewan Datuk Patinggi Ali di Gedong hari ini.
Tambah beliau, Kerajaan kini juga sedang membangunkan syarikat telekomunikasi bagi memastikan kesemua tiang dilengkapi dengan peralatan komunikasi.
“Ada tiang, sik ada kuali sik ada jua guna. kita berkehendakan banyak kuali.
“Ini dapat meningkatkan hubungan Internet di seluruh negeri termasuk sekolah di luar bandar,” kata Abang Johari. — DayakDaily