KUCHING, 20 Feb: Kempen derma darah anjuran Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) pada hari ini berjaya mengumpul 70 orang penderma.
Bertempat di Yayasan Sarawak, kempen dianjur dengan kerjasama Tabung Derma Darah Hospital Umum Sarawak, Pertubuhan Derma Darah Sarawak, Kelab Yayasan Sarawak dan Biro Wanita.
Kempen dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Timbalan Pengerusi PKPJ Datuk Dr Munirah Hassan telah menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta. — DayakDaily
Advertisement