105 penderma sertai kempen derma darah Team Dynamic Kuching, JCT

Anggota Team Dynamic Kuching dan Juta Cermelang Transformasi Sdn. Bhd. yang terlibat dengan kempen derma darah yang dianjurkan oleh dua oraganisasi terbabit di Plaza Merdeka Kuching.

KUCHING, 6 Feb: Sebanyak 95 beg darah berjaya di kumpul menerusi kempen derma darah yang dianjurkan Team Dynamic Kuching Juta Cemerlang Transformasi (JCT) Sdn. Bhd di Plaza Merdeka di sini hari ini.

Kempen tersebut yang turut dikendalikan kakitangan kesihatan dari Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) mendapat sambutan kira-kira 105 penderma yang berkunjung ke pasar raya berkenaan.

Pengerusi Team Dynamic Kuching Eric Tay berkata kempen tersebut dilaksanakan oleh pihaknya bagi membantu meningkatkan jumlah tabungan darah di Bank Darah HUS.


ā€œKempen ini bermula dari jam 10 pagi hingga 3 petang dan telah dilaksanakan mengikuti prosedur-prosedur SOP yang ketat.

ā€œSetiap penderma diwajibkan mendaftar masuk menggunakan applikasi MySejahtera dan menjarakkan diri mereka sepanjang proses pendermaan dan setiap penderma akan menerima beg cenderahati yang bernilai hingga RM100,ā€ katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kelihatan penderma darah yang menyertai kempen derma darah di Plaza Merdeka, Kuching.

Beliau berkata, penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan jumlah darah yang diderma semakin berkurang selain jumlah darah yang diderma menjelang perayaan Tahun Baharu Cina ini turut menunjukkan pengurangan.

Katanya, dengan kempen tersebut ia telah dapat membantu mengekalkan taraf jumlah tabungan darah dalam kadar yang selamat dan mencukupi bagi menampung pemintaan hospital.

Sementara itu, Pengarah JCT Michelle Chai turut menyatakan penghargaan syarikat berkenaan kerana diberi peluang untuk menjayakan kempen terbabit.

ā€œJCT amat bersyukur kerana telah diberi peluang ini untuk bekerjasama dengan Team Dynamic Kuching, yang telah membantu meningkatkan jumlah darah yang telah dikumpulkan.

ā€œSepanjang kempen ini, kami telah mendapatkan kerjasama dari pihak Plaza Merdeka yang dengan murah hati telah menyediakan tempat menjalani kempen dan kemudahan yang selesa.ā€ katanya. ā€” DayakDaily