70 individu di Kuching dikompaun, gagal patuh SOP PKPB

Supt Merbin Lisa

KUCHING, 24 Mei: Sebanyak 70 kompaun telah dikeluarkan dalam pemeriksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijalankan di Kuching dari 17 Mei hingga 22 Mei lepas.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Supt Merbin Lisa memberitahu, daripada jumlah itu, seramai 52 orang adalah lelaki manakala selebihnya 18 orang adalah wanita.

ā€œSepanjang tempoh tersebut, 22 laporan pemeriksaan dijalankan meliputi premis kedai makanan dan minuman serta kawasan-kawasan terbuka tumpuan awam di sekitar bandaraya Kuching,ā€ katanya dalam satu kenyataan semalam.


Merbin memaklumkan kompaun yang dikeluarkan itu adalah di bawah pelbagai kesalahan Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan perlu dijelaskan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dalam tempoh 14 hari dari tarikh bermula kompaun dikeluarkan. ā€” DayakDaily