Oleh Brad Rantayy
MIRI, 5 Mei: Lima kenderaan terbabas ke tepi parit sebelah kiri jalan berhampiran Kampung Kayu Kapor malam Rabu, selepas digesel sebuah lori treler.
Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan kecil telah di hantar ke Hospital Miri menggunakan ambulan dan kenderaan awam untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, siasatan awal ditempat kejadian mendapati kemalangan berpunca dari lori treler yang dari Miri hendak pergi ke Bintulu gagal mengawal kenderaan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bergesel dan melanggar kenderaan yang berada di hadapan sehingga menyebabkan lima terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 9.10 malam.
Siasatan awal mendapati kesalahan adalah berpunca daripada pemandu lori treler yang gagal mengawal kenderaan dan kes disiasat di bawah Rule 10 LN166/59. — DayakDaily