440 peserta daftar Cabaran Berbasikal Menteri Belia Dan Sukan

Cabaran Berbasikal Menteri Belia Dan Sukan.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Chris Bishop

KUCHING, 12 Jan: Seramai 440 orang peserta telah mendaftar dalam Cabaran Berbasikal Menteri Belia Dan Sukan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menampilkan 15 kategori, cabaran tersebut berlangsung selama dua hari mulai 15 hingga 16 Januari depan.


Dianjurkan Persatuan Berbasikal Sarawak (SCA) dan Persatuan Berbasikal Bahagian Kuching (KDCA), edisi pertama ini akan berlangsung di Jalan FAC-Politeknik.

Dalam pada itu, pihak penganjur berharap para pengguna jalan raya memberi kerjasama dalam memberi laluan kepada acara ini.

Pengguna jalanraya disaran menggunakan jalan alternatif untuk mengelak sebarang kesesakan lalulintas. — DayakDaily