431 orang penduduk dari Debak terjejas akibat banjir

Keadaan mangsa banjir di Dewan Perpaduan Debak.

Oleh Dean Adam

BETONG, Mac 6: Seramai 431 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara di Dewan Perpaduan Debak, setakat pukul 8 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kesemua mangsa yang terjejas itu terdirii daripada 93 buah keluarga.


Kata JPBNS, jumlah mangsa terjejas itu meningkat berbanding 183 orang daripada 35 keluarga setakat pukul 4 petang.

Keadaan mangsa banjir di Dewan Perpaduan Debak.

“Antara kawasan yang terjejas akibat banjir itu ialah Kampung Bungey, Kampung Babu Debak, Kampung Lalang dan Kampung Debak Laut di daerah Debak,” kata JPBNS di sini malam ini.

JPBNS menambah, setakat ini keadaan banjir adalah terkawal dan maklumat tambahan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. — DayakDaily