This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 1 Ogos: Seramai 406 pemohon Program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) telah diberi kelulusan bagi tempoh Januari hingga Julai 2023.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, daripada jumlah tersebut seramai 57 diluluskan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras S-MM2H hari ini.
“Pada tahun 2022, seramai 411 peserta telah diberi kelulusan,” katanya pada sidang media di Kuching hari ini.
Tambah Abdul Karim, jawatankuasa juga telah bersetuju untuk menambahbaik keperluan S-MM2H.
Menerusi penambahbaikan keperluan tersebut katanya, peserta dalam lingkungan umur 30 hingga 39 tahun dikehendaki membeli rumah dengan harga melebihi RM600, 000.
“Atau, pemohon hendaklah memiliki anak berumur bawah 21 tahun yang belajar di Sarawak,” ujar Abdul Karim.
Semenjak diperkenalkan pada 2007, Kementerian telah meluluskan sebanyak 2,093 permohonan. — DayakDaily