40 pegawai sertai bengkel tangani perdagangan produk perkayuan haram

Peserta Bengkel Penggunaan Guidelines for Verifying Timber Legality.

KUCHING, Julai 27: Seramai 40 orang pegawai dari pelbagai agensi telah menghadiri Bengkel Penggunaan “Guidelines for Verifying Timber Legality” di sini.

Bengkel dianjurkan TRAFFIC International dan Malaysian Timber Industry Board (MTIB) dengan kerjasama Perbadanan dan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) dan Jabatan Hutan Sarawak (JHS).

Bengkel selama dua hari (24-25 Julai) itu membabitkan pegawai dari Jabatan Kastam, Pusaka, JHS dan MTIB.


“Objektif penganjuran bengkel tersebut adalah untuk meningkatkan pemahaman, perkongsian maklumat, analisis dan prosedur operasi untuk menangani perdagangan produk perkayuan secara haram.

“Selain itu, bengkel juga membincangkan usaha menambahbaik proses pengoperasian di pintu masuk utama Jabatan Kastam,” kata JHS dalam satu kenyataan media.

Antara tajuk yang dibentangkan ialah Senario Perdagangan Kayu Antarabangsa dan Pasaran Semasa di Malaysia oleh Chen Hin Keong dari TRAFFIC International.

Suraya Mohd Ali dari Pusaka, yang juga dikenali sebagai Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC), membentangkan tajuk “STIDC Registration Regulations Conditions and Restrictions”.

Selain itu, Pengenalpastian Kod Kastam dan Penjenisan Produk Kayu dan Sarawak Timber Legality Verification System (STLVS) turut dibentangkan. — DayakDaily.