4 sekawan dipercayai ‘runner’ dadah dicekup polis

Alexson (tengah) bersama timbalannya Supt Mohd Sabri Zainol (kiri) dan ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Miri ASP Minggat Bakil dalam sidang media petang tadi.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 19 Julai: Empat sekawan termasuk seorang wanita berusia antara 25 sehingga 37 tahun ditahan di dua lokasi berasingan sekitar Bandar Miri kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah, pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Miri yang melakukan serbuan itu turut merampas dadah jenis ganja dan sitaan harta (sebuah Perodua MyVi dan seutas rantai berwarba keemasan) berjumlah RM53, 864.00.


ACP Alexson berkata, serbuan pada jam 1 petang sehingga 3.15 petang itu menemui satu kotak berisi ketulan mampat disyaki ganja seberat 1,000 gram bernilai RM2,500.

“Tiga suspek termasuk seorang wanita telah ditahan semasa serbuan di sebuah bilik sewa di kawasab Saberkas ,manakala suspek ketiga di sebuah rumah di Piasau di sini,” ujar Alexson dalam satu sidang media hari ini.

Sitaan harta benda berupa sebuah kereta Myvi (RM45,000) dan seutas rantai berwarna keemasan (anggaran nilai RM8,864) dibuat semasa serbuan di Piasau.

Menurutnya, hasil ujian awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Tetrahydricannabinol (THC).

Kesemua suspek dipercayai ‘runner’ itu, kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya. — DayakDaily