4 remaja sekawan dicekup polis kurang 24 jam selepas motosikal dilaporkan hilang

Dua suspek curi motorsikal ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 25 Mei: Polis menahan empat remaja lelaki berusia antara 15 sehingga 17 tahun kerana disyaki terbabit dalam kes curi motorsikal, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata kesemua suspek ditahan di tiga lokasi berasingan dalam satu operasi dinamakan Ops Lejang sekitar jam 11.15 malam sehingga 11.45 malam Isnin (24 Mei).


Suspek pertama ditahan tidak jauh dari lokasi motorsikal jenis Yamaha 135LC dilaporkan hilang oleh pemiliknya.

Dua lagi rakannya ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Haji Wahed, manakala seorang ditahan di tepi Jalan Chia Tze Chin.

Difahamkan, motorsikal itu baru enam bulan dibeli oleh pemiliknya sebelum dilaporkan dicuri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. — DayakDaily