4 ditangkap, disyaki edar dadah kepada warga asing dan pekerja ladang di Lundu

Kumpulan suspek yang ditangkap bersama dadah di Lundu.
Advertisement

LUNDU, 23 Feb: Empat lelaki tempatan ditangkap kerana disyaki mengedar dadah kepada warga asing dan pekerja ladang di sempadan Malaysia-Indonesia hari ini.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen dalam kenyataan berkata keempat-empag suspek berusia lingkungan 20 hingga 42 tahun ditangkap anggotanya yang melaksanakan penugasan Serkap di kira-kira 200 meter dari sempadan negara pada jam 6.50 pagi.

Katanya, kumpulan suspek terbabit menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda semasa ditahan.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan menjumpai dua paket kecil disahkan sebagai dadah jenis syabu bersama barangan menghisap dadah.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek turut menjual dadah kepada warga Negara Indonesia dan pekerja ladang,” katanya.

Kesemua suspek bersama dadah dan kenderaan 4wd tersebut kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lundu untuk siasatan lanjut.

Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM70,300. — DayakDaily

Advertisement