337 mangsa banjir dipindahkan ke PPS di Lawas

Kelihatan mangsa yang terjejas akibat banjir dipindahkan ke PPS di Dewan Masyarakat Trusan.

LAWAS, 21 Mei: Seramai 337 orang dipindahkan ke empat Pusat Permindahan Sementara (PPS) di sini setakat jam 11.30 pagi hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kesemua yang dipindahkan adalah daripada 77 buah keluarga yang terjejas.

Katanya, PPS Dewan Masyarakat Daerah Kecil Trusan yang dibuka pada jam 8.30 pagi semalam menempatkan 19 buah keluarga yang terdiri daripada 100 orang.


Manakala PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Trusan yang dibuka pada jam 3 petang semalam menempatkan 81 orang daripada 21 buah keluarga.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Lintang yang dibuka dari jam 6 petang semalam mencatatkan jumlah penghuni teramai iaitu seramai 143 orang daripada 35 buah keluarga.

Di PPS SK Sundar pula yang dibuka dari jam 10 malam tadi menempatkan 13 penghuni dari dua buah keluarga.

Agensi terlibat dalam urusan pemindahan dan pembukaan PPS ialah Pejabat Daerah Lawas, Pejabat Daerah Kecil (PDK) Trusan dan PDK Sundar.

Selain itu, Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM), Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Rela turut sama dalam operasi tersebut. — DayakDaily