Amaran cuaca raspada hujan lebat sehingga Dis 31

Imej radar mengenai cuaca di Sarawak hari ini yang disiarkan laman web JMM.

KUCHING, Dis 30: Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) mengeluarkan amaran cuaca waspada hujan lebat akan melanda negeri ini mulai hari ini sehingga 31 Disember 2018.

Ini terutamanya di kawasan utara negeri ini iaitu Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang.

Juga akan mengalami cuaca sama ialah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu, Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat serta Labuan.


Manakala ramalan cuaca JMM, juga mendedahkan Sarawak akan menyambut tahun baru 2019 dengan cuaca hujan di satu dua tempat sebelah pagi dan malam serta ribut petir di satu dua tempat di pendalaman sebelah petang pada 31 Disember dan 1 Januari 2019.

Negeri ini juga diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman sebelah pagi, petang dan malam pada 2 Januari 2019 dan sebelah petang dan malam sahaja dari 3 hingga 5 Januari 2019.