312 anggota Maritim Malaysia Sarawak terima suntikan vaksin

Antara anggota Maritim yang sudah divaksin.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 14 April: Seramai 312 anggota Maritim Negeri Sarawak menerima suntikan vaksinasi Covid-19 bermula pada awal bulan lepas dan dijangka selesai sepenuhnya dengan dos kedua sekitar bulan Mei ini.

Difahamkan, keseluruhannya anggota adalah termasuk dari Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak (IPMNS), Zon Maritim Tanjung Manis (ZMTM), Zon Maritim Bintulu (ZMB) dan Zon Maritim Miri (ZMM).

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, pengambilan vaksin dalam kalangan anggota Maritim Malaysia ini adalah tanda sokongan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.


“Keseluruhan petugas barisan hadapan Maritim Negeri Sarawak yang bersetuju menerima suntikan vaksin adalah seramai 523 orang, termasuk di ZMTM, ZMB, ZMM dan 60% peratus (312 orang) telah disuntik atau diimunisasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya juga Maritim Negeri Sarawak menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan mensasarkan 100 peratus anggota Maritim Negeri Sarawak menerima suntikan vaksin imunisasi Covid-19. — DayakDaily