31 warga emas dikuarantin di Hospital Sibu

Datuk Aidi Ismail
Advertisement

SIBU, 15 Feb: Seramai 31 orang warga emas dari dua buah pusat jagaan orang-orang tua dipindahkan ke Hospital Sibu untuk proses kuarantin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata tindakan tersebut diambil susulan kematian seorang daripada penghuninya iaitu lelaki warga emas berusia 73 tahun pagi tadi.

Beliau memberitahu, mangsa telah disahkan positif Covid-19 semalam.

Advertisement

“Seorang lelaki berumur 73 tahun meninggal dunia pada pagi tadi di rumah jagaan orang tua di Sibu.

“Warga emas terbabit telah dibuat saringan ‘swab test’ pada 13 Februari dan didapati positif Covid-19 pada 14 Februari,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat Hospital Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, seramai 18 lagi penghuni dari pusat jagaan tersebut dibawa ke Hospital Sibu selepas itu.

“Manakala, terdapat 13 warga emas lagi dari pusat jagaan lain juga dipindahkan ke Hospital Sibu,” katanya. — DayakDaily

Advertisement