28,922 saman trafik tertunggak waga asing diselesaikan setakat Julai 2019

Supt Alexson Naga Chabu

Oleh Dean Adam

KUCHING, Jul 28: Sebanyak 51,101 saman trafik tertunggak direkodkan melibatkan warga asing di Sarawak setakat ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 28,922 saman trafik tertunggak berjaya dilunaskan setakat Julai tahun ini.


“Manakala, bagi saman melibatkan rakyat negeri ini, polis telah mengeluarkan sebanyak 584,511 saman,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, polis berharap semua pesalah trafik warga asing menjelaskan saman tertunggak sebelum meninggalkan negeri ini.

Sehubungan itu katanya, mereka (warga asing) diminta bagi membuat semakan awal rekod saman tertunggak di balai polis berhampiran.

Tambah beliau, operasi saman tertunggak warganegara asing (OSTWA) juga akan diteruskan melibatkan kawasan sempadan Malaysia-Brunei. — DayakDaily