This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 19 Sept: Sarawak memainkan peranan penting dalam lanskap pembangunan negara yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia secara keseluruhan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kepelbagaian sumber ekonomi yang ada merupakan kelebihan yang dimiliki oleh Sarawak.
“Sarawak juga memiliki kelebihan dari sudut pembangunan infrastruktur, industri, perkilangan, pertanian, agro dagang, pelancongan, perkembangan industri kecil dan sederhana, inisiatif kerajaan, sosial dan budaya,” katanya.
Ahmad berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian “25th ASEAN Valuers Association (AVA) Congress’ di Kuching hari ini.
Tambah beliau, inisiatif ‘Sarawak My Second Home’ (SM2H) juga telah berjaya menarik rakyat asing untuk melabur di negeri ini.
Untuk menjadikan SM2H lebih menarik, katanya, penambahbaikan boleh dilakukan melalui kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
“Menerusi kerjasama dengan MIDA dan MITI, Sarawak mampu memberi nilai tambah kepada SM2H agar lebih menarik.
“Ini secara langsung boleh menyumbang kepada peningkatan pelaburan asing dan perkembangan ekonomi,” katanya. — DayakDaily