211 pelajar dari 29 sekolah di Bau terima bantuan pakaian seragam sekolah Yayasan Sarawak

Henry (barisan depan, tengah) merakamkan kenangan bersama wakil penerima bantuan pakaian seragam sekolah Yayasan Sarawak. Foto: Ukas

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 16 Nov: Seramai 211 orang pelajar dari 29 sekolah di daerah Bau menerima baucar bantuan pakaian seragam sekolah Yayasan Sarawak 2021.

Majlis penyerahan baucar dengan nilai RM200 itu telah disempurnakan oleh penyandang Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep di Dewan Suarah Bau semalam.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), daripada jumlah penerima terbabit, seramai 96 orang pelajar dari tiga sekolah menengah, manakala 99 orang lagi pelajar dari 23 sekolah rendah merangkumi kawasan DUN Tasik Biru.


Selain itu, turut menerima baucar sama adalah membabitkan seramai 16 orang pelajar lagi dari tiga sekolah rendah di kawasan DUN Opar.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bau Josepnie Josy Nyogia. — DayakDaily