20 penduduk dari Puncak Borneo dibagi bantuan perumahan

Willie Mongin

KUCHING, 13 Ogos: Seramai 20 penduduk kawasan Parlimen Puncak Borneo telah tersenarai sebagai penerima bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tahun ini.

Berdasarkan senarai terbabit yang disiarkan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin di laman facebooknya hari ini, seramai lima penerima program bantuan baik pulih rumah terbabit dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong.

Mereka ialah Lizawati Ramlee dari Kampung Masaan, Kathleen Sabin (Kampung Duras), Charles Emang Lapuk (Kampung Batu Gong Lama), Liu Joon Fah (Batu 17 Siburan) dan Peter Rangkum Joshua Kalong (Kampung Batu Gong Lama).

Seramai enam penerima pula dari DUN Tarat iaitu Lampeng Unji (Kampung Bunga), Johnny Pau (Kampung Baru Mawang), Omar Awg Tengah (Kampung Lintang Baru), Fatimah Abdullah (Kampung Tanah Puteh), Awang Sukran Awang Li (Kampung Tanah Puteh), dan Tan Kuet Thin (Kampung Tapah).

DUN Serembu pula ada sembilan penerima iaitu Venia Leon Malae (Kampung Peninjau Baru), Mantari Juak (Kampung Tringgus Rabak Rotan), Munok Sitam (Kampung Kopit ), Harrison James Sindoi (Kampung Bijuray Monggang), Alexander Roman (Kampung Pisa), Keyep Ringat (Kampung Podam), Ratin Asui ( Kampung Sega), Ng Ah Too (Kawasan Paku) dan Chin Maw Siong (Kampung Kranji Cina).— DayakDaily