20 pemuzik bakal berentap di pentas akhir “Kamek Nang Champion” pada 17 Disember

Poster konsert akhir "Kamek Nang Champion" anjuran Anak Seni.

Oleh Nur Ashikin Louis

KUCHING, 13 Dis: Seramai 20 anak Sarawak yang mempunyai bakat dalam alat muzik akan berentap dalam konsert akhir “Kamek Nang Champion” yang akan diadakan di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuching di sini, pukul 8 malam, Sabtu ini (17 Dis).

Daripada 20 finalis tersebut, lapan daripada mereka bermain lead guitar (gitar utama) iaitu Mohd Shahril Norsidi, Thadeus Saga, Adrian Dios Oliver Christy, Ismail Bujang, Muhammad Nazri, Saratul@Abd Rahman, Abdul Fattah dan Norhisham Abdullah.


Manakala Wan Danil Wan Kederi, Paul Pinon Poli, Ahmad Faizal Jelani dan Mohd Syarizan akan bermain gitar bass.

Pemuzik yang akan mengetengahkan bakat dalam instrument drum (dram) pula ialah Mohd Sahdani Abu Hajia, Jeremiarim Danin, Mike Lennon Philip Enggoh dan Brian Lasung.

Empat lagi peserta iaitu Wailyn Rimbar, Abu Samah, Affendi Osman dan Harun, akan mempamerkan bakat dalam keyboard (papan nada).

Hadiah wang tunai terkumpul RM34,000, trofi dan sijil menanti pemenang di peringkat akhir nanti.

Orang ramai dijemput hadir untuk menyokong finalis kegemaran mereka pada acara tersebut. Masuk adalah percuma.

Kamek Nang Champion” dianjurkan oleh Persatuan Anak Seni Sarawak (Anak Seni) yang diterajui presiden Mohamad Ghazali Jeman atau lebih dikenali sebagai Jalot Jeman.

Program itu disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak dan Majlis Seni Sarawak (MSS).

Pada mulanya, sesi ujibakat untuk mencari anak Sarawak yang berbakat dalam bidang muzik telah diadakan di tiga lokasi iaitu di Meritz Hotel di Miri mulai 26 dan 27 Nov, Superstar Sibu Courtyard di Sibu (3 dan 4 Dis) dan Studio 23, Metrocity di Kuching (10 dan 11 Dis). — DayakDaily