20 pasukan bertanding di Kejohanan Ping-Pong Maksak Sarawak

Wee mempamerkan skill bermain ping-pong.

KUCHING, 2 Dis: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng hari ini merasmikan Kejohanan Ping-Pong Maksak Sarawak.

Sebanyak 20 pasukan yang mewakili Kelab-Kelab Gabungan Maksak bertanding di kejohanan yang diadakan di Sport Village MBKS di Pending.

“Acara seperti ini bukan sahaja mempromosi kesihatan fizikal dan meningkatkan kemahiran, tetapi ia juga mengukuhkan perpaduan serta persahabatan,” kata Wee dalam ucapan perasmian.


Pada kejohanan kali ini, lima pasukan diletakan di dalam satu kumpulan (4 kumpulan keseluruhan) dimana perlawanan akhir akan diadakan esok. — DayakDaily