20 lagi lokaliti dikenakan PKPD di Sarawak

DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 7 Sept: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini mengarahkan 20 lokaliti di Sarawak menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Melalui satu kenyataan hari ini, JPBNS berkata ia melibatkan daerah Belaga, Bintulu, Sarikei, Lubok Antu, Pakan, Julau, Meradong, Betong, Kabong dan Saratok.

Menurut JPBNS, PKPD dikuatkuasakan di Uma Bakah (Blok A, D, E, F, G, H, L, N, P, S, T, dan U) dan rumah persendirian di Sungai Asap, Belaga mulai 4 hingga 17 Sept 2021.


“Turut dikenakan PKPD ialah Uma Kulit (Blok C) mulai 5 hingga 18 Sept 2021, Uma Kulit (Blok N) berkuatkuasa 6 hingga 19 Sept 2021 dan Uma Badeng Sg. Koyan (Blok A dan F) di Belaga mulai 6 hingga 19 Sept 2021.

“Manakala dua lokaliti di Bintulu iaitu Jade Garden dan Joy Park serta Kuarters Pekerja Everwind dikenakan PKPD mulai 6 hingga 19 Sept 2021,” katanya.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumkan satu lokaliti di Sarikei iaitu Rh Puin Sg Kerubong di Selalang dikenakan PKPD mulai 7 hingga 20 Sept 2021.

Bagi daerah Lubok Antu, empat lokaliti iaitu Rh Embuas di Nanga Jengin, Rh Entirong di Nanga Tutong, Rh Meritian di Merindun dan Rh Dancon di Bua dikenakan PKPD mulai 7 hingga 20 Sept 2021.

Mengulas lanjut, JPBNS berkata Rh Sujang di Setubu Pakan, Rh Dina di Ulu Lassi Julau dan Kem Sunmark Trading di Sg Sian Meradong turut dikenakan PKPD mulai 7 hingga 20 Sept 2021.

“Tiga lokaliti di Betong iaitu Rh Jonathan di Semumok Atas Betong, Rh Stephen Lambor di Jerai Debak dan Rh Bayai di Melaban Betong dikenakan PKPD mulai 8 hingga 21 Sept 2021.

“Manakala dua lokaliti di Saratok iaitu Rh Antas di Itop Asal Awik dan Rh Beti di Ulu Awik dikenakan PKPD mulai 8 hingga 22 Sept 2021.

“Turut dikenakan PKPD bagi tempoh yang sama ialah Rh Daniel di Tingkat Atas Roban,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan pelanjutan PKPD di enam lokaliti yang melibatkan daerah Belaga, Lubok Antu dan Sri Aman.

Di Belaga, PKPD dilanjutkan di Uma Lesong (Blok A, E dan F) di Sungai Asap mulai 6 hingga 12 Sept 2021.

Manakala di Lubok Antu, pelanjutan PKPD melibatkan Rh Machau di Nanga Kumpang mulai 7 hingga 14 Sept 2021 dan Rh Tunai di Nanga Bengap serta Rh Jamit di Pudai mulai 8 hingga 21 Sept 2021.

“Pelanjutan PKPD turut melibatkan dua lokaliti di Sri Aman iaitu Rh Angos dan Rh Hilary di Kampung Nyelam mulai 8 hingga 21 Sept 2021,” kata JPBNS. — DayakDaily