Oleh Brad Rantayy
MIRI, 5 Jun: Gara-gara air paip, dua warga emas di Lopeng sanggup mengugut jiran mereka pada pagi Jumaat.
Kerana bimbang akan keselamatan diri dan anaknya, mangsa serorang wanita berusia 67 tahun telah tampil membuat satu laporang polis.
Difahamkan, kedua dua suspek dan mangsa tinggal menyewa dalam satu rumah di kawasan Lopeng di sini.
Namun, suspek berusia 52 dan 60 tahun itu berasa tidak puas hati apabila mangsa menggunakan air paip yang sama, lalu mengugut mangsa dan anaknya.
Tangkapan dilakukan sekitar jam 2.25 petang hari yang sama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Sabri Zainol berkata, kedua-dua suspek kini sedang ditahan untuk tindakan lanjut. — DayakDaily