Mangsa banjir di PPS Dewan Masyarakat Bekenu bertambah lagi

Penambahan lapan lagi mangsa banjir direkodkan di PPS Dewan Masyarakat Bekenu semalam (11 Okt 2022) menjadikan jumlah setakat ini kepada 28 orang dari tiga kampung—Kampung Jenggalas, Kampung Dagang dan Kampung Kawang.
Advertisement

MIRI, 12 Okt: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Bekenu dilaporkan meningkat lewat petang Selasa (11 Okt) kepada 28 orang daripada 19 sebelumnya.

Menurut Lt M (PA) Azuan Kamin pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM), penambahan tersebut dari Kampung Jenggalas (6) manakala dua lagi dari Kampung Kawang Bekenu.

“Kesemua lapan mangsa tersebut mula berpindah ke PPS Dewan Masyarakat Bekenu sejak jam 12.57 tengahari semalam,” ujarnya.

Advertisement

Katanya, penambahan mangsa dari Kampung Kawang merupakan penambahan baru mangsa banjir yang dibawa ke PPS Dewan Masyarakat Bekenu.

Bermula Oktober 9, sekitar jam 8 pagi, tiga kampung tersebut—Kampung Dagang, Kampung Jenggalas dan Kampung Kawang—telah mula dinaiki air akibat hujan berterusan, menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke PPS Dewan Masyarakat Bekenu. — DayakDaily

Advertisement